sms literature



LAMAN UTAMA
cerpen  haiku   jenaka    komen   madah   pantun   poems   sajak


EDITORIAL

arkibEditorial

Memilih Medium Terbaik Untuk Berkarya
(Editorial 20-26 Januari 2007)

Seorang kawan, menyampaikan keluhan editor mengenai kekurangan bekalan cerpen untuk diterbitkan. Majalah kelolaannya yang berkala sebulan sekali itu, mungkin langsung tidak disedari kehadirannya oleh penulis. Atau lebih tepat, kehadiran ruangan untuk penulis memasarkan tulisannya kepada khalayak.

Pada masa yang sama, seorang rakan penulis kelihatan teraba-raba untuk di mana cerpennya perlu diletakkan. Ada juga yang sudah mempunyai lambakan puisi, yang dicoret di dalam buku, dan dibiar terperap selamanya di situ. Walhal, karya-karya yang terperap itu sudahpun ada yang benar-benar mencapai piawaian yang boleh diklasifikasikan sebagai bagus.

Kewujudan jurang di antara penulis dan editor ruangan sastera sesuatu penerbitan bercetak adalah sesuatu yang merugikan. Sama rugi dengan ketidakendahan penulis akan maklumat berkisar medium-medium terbaik untuk karya-karya mereka dihantar ke media cetak dan seterusnya ditatap lebih ramai pembaca, bukan sekadar rakan sekuliah atau rakan sekerja.

Meneliti aspek ini, mungkin tidak keberatan untuk menekankan, betapa penulis itu sendiri perlu lebih aktif. Aktif di dalam menyatakan kewujudannya di dalam arena penulisan, dan aktif di dalam mencari dan memilih peluang terbaik untuk diterbitkan hasil perahan minda. Jika ini tidak diabaikan, mungkin karya-karya yang dihasilkan dengan baik sekali, tidak rugi begitu sahaja. Dan para editor, akan tersenyum mengenang betapa karya-karya bermutu itu sudah pun ada di dalam simpanan mereka, menunggu masa untuk diterbitkan sahaja.





 

KARYA PILIHAN

arkib

*Karya pilihan mendapat saguhati isian semula prabayar berjumlah RM10


Karya Pilihan (4.07-10.07.2006)*

 

Mawar Pada Merpati

Ayuh carik kelopak mawar putih
serahkan pada merpati putih
moga sampai ke kota Yahudi
yang ketandusan sekeping hati


Ode
7 Julai 06 | 03.51 pagi



 



sastera-SMS
EDITOR Amir Mukhriz
Sila sms karya anda ke
019-262 1052

 

MAKLUMAN:

Perkataan singkatan yang tdiak keterlaluan akan dikekalkan dan tidak disunting. Ini bagi mengekalkan keaslian karya SMS.

Untuk Hadiah Esastera 2006, sasteraSMS akan mengeluarkan dua anugerah bagi karya yang disiarkan mulai 1.01.06, iaitu: (a) Anugerah Sasterawan SMS prolifik dan (b) Anugerah Karya SMS Terbaik

Lawati juga: sasteraSMS versi 1.0